Sunday, April 10, 2011

suatu peringatan untuk memperingati

masa ngah godek2 one of my matric fren pny fb, nmpk diz note kat wall d (tapi note ni bkn dia pny :) kawan dia punya)


Assalamualaikum.

Received a sweet reminder from a friend of mine yesterday morning. Really inspired with the way the author explained the points, in an opposite way of how Islam actually teaches us. In fact few points exlained here were really close to me, regret ;(

thanks buat sahabat yang berkenaan. Allah lah sebaik-baik pemberi ganjaran.


definisi ukhwah

~tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah~

source: "virus-virus ukhuwah" by Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah


1.Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar (sound je kasi dia malu!)

"Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)

(pernah buat and really regret it)


2. Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya

'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."

(juga pernah buat..*sigh*)


3. Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara (jangan bagi chance kat die, gaduh jom!!)

"Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



4. Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka

Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya."

Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...



5. Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Padan muka kau!)

>Imam Syafi'i pernah bersyair,"Nasihatilah diriku di kala aku sendirian dan janganlah engkau nasihati aku di tengah khalayak ramai, kerana nasihat di khalayak umum sejenis daripada penghinaan yang tak aku redha mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu."

(erk....pernah terasa)


6. Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya

Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat."

Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."



7. Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai (ce cite!! ce cite!! ;p)

>"Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)



8. Selalulah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya

>"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12)

>Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan secebis kebaikan dalam ucapannya itu.">



Semoga ada manfaat yang dapat kita kutip. Hargailah sahabat anda!

Ukhwah- kasih sayang antara saudara-saudara Islam yang berpaksikan aqidah yang sama.



******************************


tak larat kalau nak ulas setiap satu sebab semua pun memang pernah buat dan masih terlepas buat. *sigh* banyak khilafnya diri ini. moga hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini


p/s: thanks my fren yg tlg mintakkan permission. link asal boleh klik title. okie! :)


No comments:

Post a Comment