Monday, March 26, 2012

kesempurnaan bukan milik kita

Assalamualaikum,


Hai people. Cantik bunga kat atas tu kan. Dah lama tak menulis. Actually ada banyak draft dalam list. Tulistulis tapi tak rasa nak publish. Maaf.

Beberapa hari ni terfikirkan beberapa perkara yang memang mengganggu fikiran sikit. Apapun masih terkawal selagi tak mengganggu perjalanan hidup, perkara macam tu masih boleh tolak ke tepi. Ada sekali tibatiba tangan bergerak sendiri menaip status di FB yang mungkin normal me susah nak buat. Saya bukan budak baik. Saya tak pernah suka terkongkong dek peraturan. tapi semakin meningkat dewasa (ececeh) banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan.


OTW pegi kerja tadi, tibatiba terlintas dalam kepala:
"Takde orang yang sempurna dalam dunia ni. Walau positif macam mana pun seseorang tu, pasti ada perkara yang walau sedikit dia pasti akan jadi seorang yang pesimis"

Saya akui selama ini saya sangat adore pada sesetengah orang yang saya nampak dan saya anggap mereka ini begitu sempurna di mata saya. Punya wajah yang cantik, badan yang sihat, sifat yang baik boleh kata serbaserbi macam sempurnalah. Tapi tadi tibatiba saya teringatkan seorang teman. Waktu tu radio pasangkan lagu Jangan takut dari Nidji. Selama ini saya begitu memandang agung pada beliau (nauzubillah). Saya rasakan dia begitu sempurna. Namun bila terdengar setiap bait lirik lagu tu, saya terfikir:
"Memang dia seorang yang sentiasa positif tapi ada satu perkara yang dia sentiasa negatif, pesimis dan sampai peringkat paranoia. Cinta. Sentiasa takutkan perasaan ditinggalkan dan kecewa apabila gagal bercinta"

Saat tu juga saya tersedar, dia taklah sesempurna mana. Dia tetap manusia yang tidak punya sifat sempurna. membuatkan saya terfikir lebih ramai lagi kenalan saya yang lain. Walau lahiriahnya mereka sempurna namun hakikatnya tetap ada walau sedikit kekurangan pada diri mereka.



Mencari yang sempurna itu mustahil dan menjadi yang sempurna itu juga mustahil kerana itu semua bukan sifat manusia. Setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangan, ada kekuatan dan ada kelemahan mereka yang tersendiri. Cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk menguasai segala kekuatan dan kelemahannya itu. 

Kesempurnaan bukan milik manusia. Sifat itu hanyalah untuk DIA yang satu. DIA yang menciptakan kita semua. Bersyukur itu perlu kerana kita bukanlah sesiapa. Mungkin pada mata manusia kitalah raja namun pada penglihatan-Nya kita hanyalah hambanya yang ditugaskan untuk beribadat kepadanya. Mungkin pada sesiapa yang mengenali saya akan berasa janggal dengan katakata ini kerana saya bukanlah seperti ini tetapi manusia boleh berubah sebagaimana yuang dikehendaki oleh-Nya. Saya masih dalam proses mencari kebaikan.


Saya rasa itu saja yang ingin saya luahkan hari ini. Mungkin untuk post seterusnya akan mengambil waktu yang lebih lama. Buah fikiran yang baik itu akan datang bila tiba waktunya. Salam untuk semua. Jazakallah
 (semua gambar diperolehi melalui carian google.com)

No comments:

Post a Comment